Tema 3 :Sistem Atmosfera
3.4 Perubahan Iklim
(a) Apakah yang anda faham dengan perubahan iklim? (5m)
Perubahan iklim ialah perubahan yang berlaku ke atas unsur-unsur cuaca seperti suhu, kelembapan udara, hujan, dan keamatan cahaya matahari. Unsur iklim mengalami perubahan akibat terlalu banyak sinaran suria sampai ke permukaan bumi. Selain itu, perubahan iklim berlaku kesan daripada pelbagai kemusnahan yang dilakukan manusia
terhadap alam sekitar fizikal.
(b) Jelaskan perubahan iklim yang memberi kesan kepada:
(i) alam sekitar fizikal, (6m)
Memberi kesan ke atas sistem geomortologi. Peningkatan Suhu global akan nmeningkatkan pencairan ais di kutub dan puncak gunung. Pencairan ais ini pasti akan menyebabkan aras air laut meningkat dan sekaligus mampu menenggelamkan kawasan
kawasan rendah dan pulau-pulau kecil. Seterusnya, memberi kesan ke atas sistem atmosfera.
Perubahan iklim kesan penipisan lapisan ozon dan kesan rumah hijau akan mengganggu sistem atmostera. Kesan paling nyata lalah peningkatan suhu dunia mampu mencairkan lapisan ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan bumi. Selain itu, memberi kesan ke atas sistem hidrologi Perubahan unsur iklim seperti peningkatan suhu mampu
mempengaruhi kejadian kemarau di bumi. Kepanasan melampau akan meningkatkan kadar sejatan permukaan dan seterusnya mengganggu kitar hidrologi seperti kawasan badan air akan mengalami penurunan aras air dan kemungkinan akan menjadi kering-kontang.Akhirnya, memberi kesan ke atas sistem ekologi. Menyebabkan
Derlakunya gangguan terhadap ekosistem hutan dan daratan 1salnya, pancaran ultraungu yang berlebihan akan menjejaskan fototsintesis seterusya akan menjejaskan rantaian tenaga
sesebuah ekosistem. Keadaan ini jika berlanjutan akan menyebalbkan berlakunya kepupusan hidupan akuatik di tasik sungai, laut, dan paya. Manakala bagi ekosistem hutan pula perubahan iklim akan mendorong berlakunya kebakaran hutan yang akan memusnahkan kepelbagaian biodiversiti hutan.
(ii) alam sekitar manusia. (4m )
Penularan wabak penyakit. Perubahan iklim dan cuaca telah menyebabkan peningkatan kemasukan sinaran ultraungu ke bumi Kesan paling ketara ialah peningkatan peratusan penyakit barah kulit yang dialami manusia. Selain itu, dilaporkan penyakit katarak mata meningkat secara mendadak.
Turut memberi kesan kepada kemusnahan sektor pertanian dan penternakan. Peningkatan suhu menyebabkan cuaca sukar diramalkan. Antaranya ialah kemarau melampau yang melanda
di Jawa Barat telah menyebabkan lebih 30 ribu hektar sawah padi menjadi kering-kontang. Di samping itu, kemasukan sinaran ultraungu yang berlebihan akan menyebabkan kerosakan sel dan mikroorganisma binatang ternakan seperti kambing, biri biri, dan lembu yang boleh melemahkan sistem pelalian badan haiwan tersebut. Fenomena ini akan menyebabkan krisis makanan berlaku.
(c) Cadangkan lima langkah yang sesuai untuk mengurangkan kesan perubahan (10m)
Langkah yang sesuai untuk mengurangkan kesan perubanan iklim ke atas manusia
Melalui kuat kuasa undang-undang Sebarang kesalahan yang melanggar undang-undang alam sekitar perlu dikenakan tindakan yang tegas. Pindaan Akta Kualití Alam Sekitar 1974 (Pindaan 1996) telah menetapkan hukuman ditingkatkan seperti denda RM100 ribu atau penjara 2 tahun kepada RM500 ribu atau penjara 5 tahun atau kedua-dua sekali. Pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar periu meningkatkan aktiviti pemantauan dari semasa ke semasa. Menjalankan atau melaksanakan kempen kesedaran. Pihak.kerajaan
dan NGO perlu bekerjasama dalam memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan memelihara alam sekitar. Kempen Cintai Bumi dan pengisytiharan Hari Bumi pada 22 April setiap tahun dengan harapan seorang akan menanam sebatang pokok perlu disokong. semua pihak Seterusnya, menjalankan kempen pendidikan alam sekitar. Kempen
ini boleh dilaksanakan melalui pendidikan formal dan tidak formal
Pihak kerajaan (Kementerian Pelajaran) perlu menerapkan isu-isu yang berkaitan denganperubahan iklim dalam sukatan pelajaran seperti mata
pelajaran Geografi dan Sains. Perlu diadakan kempen melalui media
massa dan eletronik untuk menyedarkan masyarakat betapa pentingnya
menjaga alam sekitar daripada mengalami perubahan iklim yang ketara.
Menjalankan program mengukuhkan pesisiran pantai termasuk
menanam pokok-pokok bakau sebagai usaha menangani kesan kenaikan
paras air laut dan pukulan ombak.
Mengekalkan kawasan hutan sebagai hutan simpan kekal. Pihak
kerajaan perlu mewartakan sebanyak mungkin kawasan hutan sebagai
hutan simpan dan taman negara dalam mengekalkan kelembapan suhu
bumi. Hal ini dapat mengurangkan fenomena pemanasan setempat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan