Rabu, 28 Julai 2021

Geografi Penggal 2 STPM Tema3 Sistem Atmosfera

Tema 3 :Sistem Atmosfera 

    3.4 Perubahan Iklim

(a) Terangkan konsep kesan rumah hijau. (3m)

Kesan rumah hijau merujuk pemanasan atmosfera bumi disebaDkan

kehadiran gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida, CFC, Sulfur

dioksida, nitrogen oksida, metana yang menghalang dan memerangkap

bahangan bumi daripada terbebas keluar dari atmostera bumi.


(b) Jelaskan punca penipisan dan kebocoran lapisan ozon CFC. (10m)

Aktiviti perindustrian. Industri yang membebaskan CFC dan halon seperti 1ndustri pendingin udara, industri keluaran foam, industri aerosol, dan industri kimia. CFC dan halon dikeluarkan pada peringkat
penyelenggaran, penggunaan, pembuangan, dan kebocoran. Industri ini akan menyebabkan penipisan lapisan ozon apabila CFC menyerang dan memutuskan ikatan kovalen 3 atom oksigen yang ada dalam ozon. Hal ini menyebabkan kandungan ozon dalam atmosfera semakin kurang dan lapisan ozon semakin nipis.


Ujian nuklear dan letupan nuklear mengakibatkan pelepasan gas
nitrogen oksida. Pelepasan gas nitrogen dioksida melalui ujian nuklear
dan letupan bom untuk pertahanan dan peperangan boleh menipiskan
lapisan ozon sebanyak 20 hingga 70 peratus. Misalnya. pelancaran peluru
berpandu oleh USA dan Rusia telah mewujudkan lubang ozon di benua
Antartika. Kini, saiznya adalah dua kali ganda benua Eropah.
Penggunaan alat penyembur.aerosol yang mengandungi gas CFC
banyak digunakan dalam bekas tin atau botol penyemburan pewangi,
penyemburan cat dan racun serangga. Penggunaan alat penyembur aerosol oleh manusia dapat membebaskan gas CFC secara langsung ke atmostera
Aktiviti pertanian yang menggunakan baja nitrogen akan
membebaskan gas nitrogen dioksida. Kajian menunjukkan penggunan
baja kimia yang mengandungi nitrogen menyebabkan penipisan lapisan
oZOn sebanyak 15%


Pembakaran bahan api fosil. Pembakaran gas, arang batu, kayu, dan
sisa-sisa haiwan juga mengeluarkan bahan nitrogen oksida yang boleh
menipiskan lapisan ozon

Pembakaran terbuka.hutan dan sisa bandar. Aktiviti ini juga turut
menyebabkan peningkatan kandungan gas karbon dioksida, nitrogen
oksida, dan CFG, Pembakaran terbuka sisa bandar di tempat pelupusan
sarppah yang mengandungi pelbagai bahan kimia, plastik, getah, dan
sisa barangan elektronik banyak membebaskan CFC ke atmosfera.



(c) Huraikan impak perubahan iklim terhadap alam sekitar fizikal. (12m)


Fenomena kemarau. Sejatan yang tinggi dan melampau menyebablan
keadaan kering. Hal ini menyebabkan peningkatan kejadian kebakaran
hutan. 
Peningkatan suhu menyebabkan pencairan ais kutub dan pencairan
salji di puncak gunung, Peningkatan suhu juga menyebabkan peningkatan
luluhawa fizikal/pemecahan batuan yang mewujudkan keadaan struktur
tanah yang peroi, kering, dan berdebu. Hal ini menggalakkan proses
gurun dan proses rayapan gurun (kawasan gurun menjadi semakin
Juas)
Peningkatan kejadian taufan/siklon tropika. Pemanasan global turut
meningkatkan suhu permukaan lautan dan mewujudkan pusat tekanan
udara rendah yang menggalakkan kejadian siklon tropika. Siklon tropika
menyebabkan kemusnahan flora dan fauna di kawasan pinggir pantai
Peningkatan fenomena cuaca melampau seperti fenomena El Niño
dan kesan rumah hijau. Kesan rumah hijau menyebabkan tenomena
Cuaca ekstrem seperti pemanasan global dan kejadian El Niño
Pemanansan global akan meningkatkan proses gurun dan perluasan
kawasan pinggir gurun. Fenomena El Niño pula akan menyebabkan
keadaan kering dan tiada hujan dalam tempoh masa yang panjang d
bahagian barat Pasifik atau negara-negara di Asia Tenggara
Banjir. Peningkatan suhu menyebabkan banjir kerana pencairs
salji yang luar biasa di kawasan pergunungan hulu sunga
ini menyebabkan peningkatan kejadian hakisan sungai dan tanah
runtuh. Pencairan salji yang luar biasa di kawasan lereng gunung akas
meningkatkan kejadian runtuhan saljí secara tiba-tiba



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Geografi Penggal 2 STPM Tema3 Sistem Atmosfera

  Tema 3 :Sistem Atmosfera       3.5 Mikro Iklim Bandar (a) Terangkan konsep pulau haba. (3m) Pulau haba merujuk keadaan suhu di pusat banda...