Tema 3 :Sistem Atmosfera
3.5 Mikro Iklim Bandar
(a) Terangkan konsep pulau haba. (3m)
Pulau haba merujuk keadaan suhu di pusat bandar adalah lebih tinggi berbanding dengan suhu di pinggir bandar.
(b) "Ciri permukaan fizikal bandar teláh menyebabkan berlakunya fenomena pulau haba". Jelaskan dua ciri permukaan fizikal tersebut. (4m)
(i) Permukaan berturap, 1aitu jalan tar, bitumen, konkrit, dan kawasan meletak kenderaan yang berbitumen nenyerap dan mensimpan haba pada waktu siang dan membebaskan haba pada awal malam.
(ii) Pembinaan bangunan konkrit yang menyecap dan menyimpan haba pendam yang dibebaskan pada waktu malam.
(ii)Kekurangan litupan tumbuhan (kawasan hijau). Tumbuhan dapat membebaskan wap air atau melembapkan udara bandar melalui proses perpeluhan.
(iv) Kekurangan kawasan tadahan (badan air) menyebabkan suhu menjadi lebih panas kerana tiada permukaan air yang dapat melembapkan udara dan menyederhanakan suhu bandar.
(c) Cadangkan dua cara untuk menyederhanakan suhu persekitaran bandar. (4m)
Menanam lebih banyakpokok. Pokok-pokok yang rendah dan berdaun lebar perlu ditanam dengan banyak di kawasan bandar bagi mengurangkan kemasukan cahaya matahari Di samping itu pokok juga menyumbang kepada kelembapan udara bandar melaiui proses sejatpeluhan.
Perancangan bandar yang tersusun dan teratur. Projek-projek pembangunan hendaklah dirancang dengan rapi agar susun atur bangunan tidak menjadi penghalang kepada pergerakan angin lazim. Pergerakan angin yang lancar di kawasan bandar dapat mengurangkan kadar pergolakan yang menjadi punca pemanasan udara dalam bandar apabila udara panas tidak dapat bergerak
(d) Jelaskan bagaimana pertambahan gas rumah hijau boleh menyebabkan proses pemanasan global. (4m)
(i) Gas rumah hijau seperti karbon dioksida, CFC, sulfur dioksida, nitrogen oksida, dan metaną lebih berupaya memerangkap haba yang dibebaskan dari bahangan bumi.
(ii) Gas rumah hijau merupakan lut sinar kepada sinaran gelombang elektromagnet pendek matahari tetapi lebih berupaya menghaiang haba bahangan bumi (gelombang panjang) daripada keluar dar
atmosfera bumi. Proses ini akan meningkatkan suhu atmosfera bumi.
(iii) Gas rumah hijau menyebabkan penipisan lapisan ozon. Hal in membolehkan lebih banyak bahangan matahari dalam bentuk gelombang elektromagnet pendek masuk ke bumi.