Isnin, 26 Julai 2021

Geografi Sem 2 stpm soalan sistem atmosfera

 Tema 3 :Sistem Atmosfera 

3.2: Cuaca & Iklim 

(a) Apakah itu cuaca? (2m)

 Jwp : Cuaca ialah perubahan unsur-unsur cuaca yang berlaku bagi tempoh masa yang singkat dan bagi ruang lingkup yang lebih kecil.

(b) Nyatakan enam unsur cuaca dan iklim (3m) 

Jwp : (i) Bahangan suria & angin
          ii- suhu            & Kelembapan udara 

  iii- kerpasan

   

(c ) Huraikan dua faktor yang mempengaruhi cuaca di Malaysia. (4m 

 Jwp : (i) Kedudukan dari latitud- kesemua klasifikasi iklim yang terdapat di bumi ini berdasarkan kedudukannya dari Garisan Khatulistiwa (0 latitud). Hal ini bermakna semakin jauh sesuatu kawasan itu ke hemistera utara atau ke hemistera selatan, maka suhu semakin rendah atau sejuk.

(ii) Ketinggian sesuatu kawasan dari aras lautkesan daripada perubahan ketinggian akan mempengaruhi suhu. Hal ini bermakna, semakin tinggi sesuatu kawasan itu, maka semakin sejuk suhu di persekitarannya. Misalnya, Tanah Tinggi Genting.

(d) Namakan alat untuk mengukur suhu dan unit yang digunakan (2m)

jwp : Alat untuk mengukur suhu ialah Termometer Six dan unit yang
digunakan ialah unit darjah Celcius ("C) atau Fahrenheit (F). 12

(e) Jelaskan dua aktiviti manusia yang memberi impak yang besar dalam mempengaruhi iklim dan cuaca di sesuatu kawasan.(4m)

(i)  Aktiviti perindustian - pelepasan gas-gas merbahaya daripada
sektor perkilangan ke udara meningkatkan suhu kawasan  persekitaran.


(ii) Aktiviti pengangkutan -penggunaan bahan bakar melepaskan banyak karbon, gas sulfur dioksida, nitrogen oksida yang merbahaya.


(iii) Aktiviti pertanian, iaitu pembakaran ladang di kawasan pertanian
yang luas.


(iv) Aktiviti pembalakan/penebangan hutan - kegiatan pembalakan secara besar-besaran menyebabkan suhu kawasan persekitaran panas meningkat. Kawasan terdedah secara langsung kepada cuaca panas. 
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Geografi Penggal 2 STPM Tema3 Sistem Atmosfera

  Tema 3 :Sistem Atmosfera       3.5 Mikro Iklim Bandar (a) Terangkan konsep pulau haba. (3m) Pulau haba merujuk keadaan suhu di pusat banda...