Tema 3 :Sistem Atmosfera
3.4 Perubahan Iklim
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan penipisan lapIsan ozon (3m)
(i) Lapisan ozon terdiri daripada kandungan molekul ozon (gabungan tiga atom oksigen). Aktiviti manusia, khususnya pembebasan gas klorofluorokarbon (CFC) bertindak secara kimia memecahkan molekul ozon membentuk molekul oksigen. Lama-kelaman molekul ozon berkurangan sehingga memusnahkannya dan membentuk lubang- lubang ozon yang dikatakan berlakunya fenomena penipisan lapisan ozon.
(b) Huraikan bagaimana penipisan lapisan ozon boleh menyebabkan pemanasan global. (4m)
Penipisan lapisan ozon akan menyebabkan sinaran ultraungu akandipancarkan terus ke permukaan bumi. Sinaran ultraungu akan menyebabkan kerosakan sel dan menjejaskan proses fotosintesis tumbuhan. Dengan ini, banyak pokok akan pupus dan mati. Hal ini kerana tumbuhan akan menyerap haba matahari dan menjalankan proses perpeluhan. Kepupusan pelbagai spesies tumbuhan dengan kuantiti yang banyak berupaya meningkatkan suhu global.
(c) Huraikan dua kesan penipisan lapisan ozon terhadap alam sekitar fizikal. . (4m)
(i) Perubahan iklim dunia. Penipisan lapisan ozon menyebabkan sinaran ultraungu berlebihan di permukaan bumi. Kemasukan ultraungu menyebabkan pemanasan global dalam jangka pendek. Dalam jangka panjang, kekurangan ozon menyebabkan haba bumi
terbebas ke angkasa. Hal ini menyebabkan suhu bumi menurun.
(ii) Kenaikan aras lautan. Sinaran ultraungu yang berlebihan mampu mencairkan ais di kutub. Peningkatan suhu menyebabkan arus lautan meningkat dan menenggelamkan kawasan rendah.
(d) Jelaskan dua langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan penipisan
lapisan ozon. . (4m)
(i) Kempen kesedaran oleh badan-badan sukarela seperti Greenpeac dan WWF melalui demonstrasi, ceramah, dan bengkel dalam menangani isu besar seperti penebangan hutan dan isu ujian
senjata nuklear.
(ii) Penggunaan bahan CFC dalam gas penyejuk dan industri pembuatan komputer, membuat foam plastik, dan ubat nyamuk digantikan dengan bahan berasaskan air.
(e) Takrifkan proses kesan rumah hijau. (5m)
Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Secara amnya, di dalam atmosfera Sesuatu ruang tertutup, komposisi gas ini tidak akan melebihi 0.03%. Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba akan memerangkap haba lalu melambatkan proses
pembebasan haba.
(f) Huraikan lima punca yang menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau. (10m)
Faktor semula jadi. Faktor semula jadi seperti letusan gunung
berapi yang membebaskan pelbagai gas, antaranya sulfur dan oksida.mSelain faktor semula jadi, faktor manusia turut merupakan antara punca berlakunya kesan rumah hijau. Faktor manusia seperti aktiviti pembakaran terbuka. Pembakaran terbuka merujuk pembakaran yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab, misalnya di
kawasan perumahan, tapak pelupusan sampah, dan kawasan hutan pasti akan menghasilkan gas karbon dioksida yng memerangkap gelombang panjang bumi terbebas ke angkasa.
Faktor pembakaran bahan api fosil. Pembakaran bahan api fosil seperti pembakaran petroleum, gas asl, arang batu, dan diesel di stesen- stesen jana kuasa elektrik meningkatkan kandungan gas terampai dalam atmostera yang menghalang pembebasan gelombang panjang bumi ke atmostera. Semua gas ini akan menyerap radiasi gelombang panjang
bumi (inframerah).
Peningkatan kenderaan bermotor. Jumlah kenderaan bermotor meningkat dengan pesat setiap tahun. Penggunaan petroleum berplumbum dan diesel menyebabkan gas seperti karbon dioksida, karbon monoksida, dan sulfur dioksida terbebas melalui eksoz. Berlaku
peningkatan bahan terampai yang menghalang pembebasan bahangan bumi ke angkasa.
Peningkatan penggunaan bahan CFC merupakan antara faktor utama kepada peningkatan suhu atmosfera. Hal ini boleh dikaitkan dengan peningkatan penduduk dunia. Jumlah penduduk yang bertambah saban tahun telah menyebabkan penggunaan alatan seperti peti sejuk, alat penghawa dingin, aerosol, dan lain-lain yang meningkatkan kandungan gas CFC dalam atmostera. Gas CFC ini telah menyumbang 20% terhadap pemanasan bumi.
Aktiviti perindustrian yang pesat berkembang, terutamanya di bandar-bandar besar. Pembebasan gas metana, karbon dioksida, dan hidrokarbon oleh cerobong asap kilang akan membentuk selimutatmostera yang menghalang bahangan bumi ke atmosfera.
(g)Cadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk mengurangkan kesan rumah hijau. (10m)
Penggunaan bahan alternatif sebagai bahan ganti CFC. Contohnya, menggunakan lebih banyak bahan yang berasaskan air seperti dalam industri nmembuat komputer, ubat nyamuk, dan lain-lain. Penggunaan helium bagi menggantikan gas CFC dalam industri penyaman udara.
Menguatkuasa undang-undang. Sebarang kesalahan yang melanggar undang-undang alam sekitar perlu dikenakan tindakan yang tegas. Pindaan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 (Pindaan 1996) telah menetapkan hukuman dipertingkatkan seperti denda RM100 ribu atau
penjara 2 tahun kepada RM500 ribu atau penjara 5 talhun atau kedua-dua sekali. Pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar perlu meningkatkan
aktiviti pemantauan dari semasa ke semasa.
Kempen kesedaran. Pihak kerajaan dan swasta perlu bekerjasama dalam memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan memelihara alam sekitar. Kempen "Cintai Bumi dan pengisytiharan Hari Bumi pada 22 April setiap tahun dengan harapan seorang akan
menanam sebatang pokok perlu disokong oleh semua pihak
Mewartakan hutan simpan kekal. Banyak kawasan hutan telah digondolkan untuk tujuan pembangunan. Pihak kerajaan negeri perlu mewartakan lebih banyak kawasan hutan sebagai kawasan hutan simpal kekal yang terlindung daripada sebarang projek pembangunan.