Tema 3 :Sistem Atmosfera
3.4 Perubahan Iklim
(a) Apa itu ozon? [3m]
Jwp : (i) Ozon ialah sejenis gas yang terdiri daripada tiga unsur oksigen. Ozon terbentuk melalui tindak balas cahaya ultraungu dengan atmosfera bumi dan membentuk lapisan ozon.
(b) Bagaimanakah lapisan ozon terbentuk? [3m ]
Lapisan ozon terbentuk apabila sinaran ultraungu matahari
bertemu dengan molekul oksigen di atmostera yang menyebabkan
berlakunya tindak balas yang menghasilkan atom oksigen. Atom
oksigen mengalami tindak balas dengan molekul oksigen sehingga
menyebabkan terbentuknya molekul oksigen.
(c) Kenal pasti punca penipisan lapisan ozon. (4m)
i) penggunaan bahan CFC yang berleluasa
(i) peningkatan kegiatan perindustrian
(ii) pelepasan gas nitrogen oksida
(iv) penebangan hutan secara berlebihan
(v) peningkatan bilangan kenderaan bermotor di jalan raya
(d) Nyatakan tiga kesan penipisan lapisan ozon terhadap manusia.[3m]
(i) penyakit kanser kulit
(ii) kesan terhadap sistem imunisasi badan (manusia mudah mendapat penyakit)
(ii) bekalan makanan terjejas akibat daripada aktiviti pertanian
terbatas
(e) Cadangkan dua langkah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk mengawalpenipisan lapisan ozon[2m]
(i) mempergiatkan penggunaan bahan alternatif menggantikan
CFC
(ii) mewartakan kawasan hutan sebagai Hutan Simpanan Kekal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan