Tema 3 :Sistem Atmosfera
3.4 Perubahan Iklim
(a) )Berikan maksud kesan rumah hijau semula jadi. (1m)
(i) Kesan rumah hijau semula jadi merujuk proses semula jadi bumi dalam mengimbangkan suhu di atmosfera.
(i) Apakah yang anda faham dengan konsep rumah hijau? (3m)
(ii) Konsep rumah hijau digunakan oleh para petani di kawasan iklim sederhana bagi membolehkan aktiviti pertanian dijalankan sepanjang tahun. Suhu di dalam rumah hijau ini boleh dikawal dan dikekalkan. Rumah ini diperbuat daripada kaca yang membenarkan bahangan matahari memancar masuk tetapi menghalangnya daripada keluar.
(b) Sebutkan jenis tanaman yang sesuai diusahakan dalam rumah hijau. (2m)
(i) Sayur-sayuran
(ii) Buah-buahan
(c) Kenal pasti kandungan gas-gas yang dihasilkan daripada aktiviti manusia. (3m)
(i) Karbon dioksida
(ii) Klorofluorokarbon
(iii) Metana
(iv) Nitrus oksida
(d) Berikan maksud pemanasan global. (3m)
Pemanasan global melibatkan kenaikan suhu dunia menyebabkan kawasan yang dahulunya sejuk akan menjadi kurang sejuk manakala kawasan yang panas akan bertambah panas
(e) Nyatakan tiga punca peningkatan suhu bumi. (3m)
(i) Pelepasan gas runmah hijau
(ii) Pembakaran bahan api fosil oleh kenderaan/indust
(ii) Penyahhutanan
(iv) Pembakaran terbuka (sampah sarap)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan