Tema 3: Sistem Atmosfera ( Bahagian A)
3.1 Struktur dan kandungan atmosfera
(a) Nyatakan maksud atmosfera (2 m)
Jwp: Atmosfera ditakrifkan sebagai satu lapisan gas tanpa bau, warna dan rasa yang berada di atas permukaan bumi disebabkan oleh tarikan daya gravitibumi.
(b) Namakan empat struktur lapisan atmosfera (4m)
jwp: Troposfera, stratosfera, mesosfera dan termosfera
(c) Nyatakan empat fungsi atmosfera dalam mengawal suhu bumi (4m)
Jwp: i- penebat kepada kemasukan bahangan suria
ii- pemantul kepada bahangan suria
iii- penapis kepada bahangan suria utraungu
iv- pengatur haba bumi
(d) Nyatakan tiga unsur gas utama yang terdapat di atmosfera (3m)
jwp : i- nitrogen
ii- oksigen
iii- argon
(e) Nyatakan dua unsur gas yang tidak tetap di atmosfera (2m)
jwp: i-wap air
ii- metana
(f) Terangkan dengan ringkas kandungan atmosfera (3m)
i) kompenan gas kekal terdiri daripada tiga gas utama, iaitu
nitrogen, oksigen, dan argon.
(ii) Kompenan gas berubah- gas yang tidak tetap dan sentiasa
berubah, terhasil secara semula jadi dan terbentuk akibat aktiviti
manusia. Contohnya, karbon dioksida.
iii ) JuZuk bukan gas dikenal sebagai bahan aerosol termasuk habuk,
asap, zarah garam, zarah tanah, dan habuk galian daripada
pembakaran kering, karbon, dan habuk gunung berapi.
(g) Jelaskan dua kepentingan atmosfera terhadap alam sekitar(4m)
jwp :
(i) Biologi Membekalkan oksigen yang boleh menampung kehidupan
manusia, haiwan, dan tumbuhan.
(ii) Mencorakkan kontur permukaan bumi - Kejadian cuaca seperti
angin, hujan, dan larian air. Tindakan unsur-unsur cuaca ini telah
mewujudkan pelbagai bentuk permukaan bumi yang sentiasa
berubah tanpa mengira masa dan tempat.
(ii) Membentuk dan mempengaruhi cuaca -Atmosfera bumi
sentiasa mengalami perubahan secara berterusan. Manusia periu
menyesuaikan diri dengan setiap perubahan yang ekstrem agaridak mengalami kesan perubahan tersebut.
(h) Huraikan lima peranan atmosfera dalam mengawal suhu permukaan bumi (10m
jwp : (i) Bertindak sebagai penebat kepada kemasukan bahangan_suria.
Atmostera membenarkan kemasukan bahangan gelombang pendek
pada waktu siang tetapi menghalang bahangan bergelombang panjang8
terrestrial bebas ke angkasa. Hal ini menstabilkan suhu permukaan
sehingga tidak begitu panas pada waktu siang dan tidak terlalu sejuk
pada waktu malam
.
(ii) Bertindak sebagai pemantul kepada bahangan suria yang datang
dari matahari. Lapisan atmostera memantul, menyebar, menyerap, dan
menyerakkan bahangan yang sampai di bahagian atas atmostera. Hal
ini mengurangkan kadar pemanasan permukaan bumi.
(iii) Agen penapis kepada bahangan suria yang merbahaya. Lapisan
atmosfera menapis bahangan ultraungu yang membahayakan semua
bentuk kehidupan di bumi dan meningkatkan suhu permukaan
.
(iv) bertindak sebagai pengatur haba bumi dan atmostera dengan cara
mewujudkan edaran umum atmostera. Kawasan tropika (Khatulistiwa
yang berlebihan haba) tidak ekstrem panas dan kawasan sederhana sejuk
dan sejuk dunia (kawasan kurang haba) tidak ekstrem sejuk.
(v) Bertindak sebagai agen penyebar kepada bahangan suria sampai
ke permukaan bumi.
(i) Jelaskan bagaiman atmosfera tercemar disebabkan oleh tindakan manusia (10m)
Jwp : (i) Melalui aktiviti pembakaran terbuka yang dijalankan secara besar-besaran. Contohnya, pembakaran terbuka yang dilakukan dalam kegiatan
pertanian di Sumatera dan Kalimantan. Tindakan ini pasti menghasilkan
asap yang banyak sehingga mencemarkan udara. Natijahnya, kejadian
jerebu sering berlaku di beberapa negara Asia tenggara termasuklah Malaysia.
(ii) Aktivit penerbangan hutan pada skala yang besar juga boleh menyebabkan pencemaran. Hal ini terjadi apabila pokok-pokok ditebang
secara berleluasa, menyebabkan kadar konsentrasi karbon dioksida
dalam udara meningkat kerana kurangnya kadar fotosintesis. Ketinggian
konsentrasi karbon dioksida dalam udara menjadikan atmosfera kotar
di sampingg meningkatkan suhu setempat.
(iii) Penggunaan bahan bakar seperti bahan api fosil, kenderaan, dan
aktiviti) perindustřian turut menyumbang kepada pencemaran atmostera
Bahan-bahan bakar akan menghasilkan asap, gas CFC, dan karbon
dioksida serta pelbagai jenis gas rumah hijau yang meningkatkan lagi
kadar pencemaran udara.
(iv) Aktiviti nanusia membina bangunandan meneroka tanah akan
menghasilkan banyak bahan ampaian sepérti habuk dan debu. Situasi
Ini sudah pasti akan mencemarkan atmostera bumi
💖